Sunday, July 12, 2009

g0odbye yesterday...

bismillah..

nafas ni semakin hari semakin nk mati mengenagkan semalam,

tersedu,

sedih,

hiba,

geram,

dan ape ape jela

sume da aku rasakn kerana semalam.

bodohnya aku kerana terlalu mempercayai semalam,

aku ingatkan kenikmatan semlam membawa kebahagiaan untuk hari esok,

rupanya kehangatan semalam sekadar aku dijadikan bahan makmal cinta kau,

terasa bagai menghisap rok0k seludup,

nak beli murah tapi rasa,

cam tahi!

apa dosa aku kau lakukan sebegini?

apakah aku sudah mencalar hati sang maharani?

kenapa?

dan jawapan kau hanya diam.

diam.

diam.

dan diam lagi.

tergamak kau curang kelmarin,

dan semalam kau masih begitu,

aku tak pernah permainkan hari semalam,

malah aku berjanji akan menjadikan hari esok lebih bahagia dari semalam,

tapi hari semalam terus berlalu dengan kepura puraan kau.

baru ku sedar,

aku takde kuasa untuk tetapkan apa yang aku mahu,

aku takde ape,

rupanya Tuhan nak tunjukkan manusia ini lemah,

dan hanya Dia sahaja yang mampu menentukan kemahuan hambaNya.

jahilnya aku Ya Allah..

ampunkan aku Ya Rabbi..

kerana selama ini aku terlalu mengharap kasih makhluk,

sedangkan aku patut mengharapkan cinta dari Mu Ya Tuhanku,

cinta yang menjamin kebahagiaan aku,

dunia dan akhirat,

dan aku mengharap redha mu Tuhan,

agar aku tabah dan sabar menghadapi ujian mu Ya Allah,

dan hari semalam itu adalah tanda kasih Tuhanku padaku,

yang tidak mahu hambanya melupakannya.

astaghfirullah..

seandainya dia bukan jodohku Ya Allah,

kau berilah aku ketabahan menghadapi ujian Mu,

dan kau peliharalah dia agar dia menjadi solehah.

dan seandainya itu rezekiku,

kau satukanlah hati kami,

dan kau hindarilah dia dari melakukan kesilapannya lagi,

kerana aku masih ada setitis kasih yang Kau cipta untukku padanya.

syukur..

kau sedarkan aku dari mimpi semalam,

yang takkan terulang lagi,

kerana aku terasa kasih dari mu Tuhanku.

moga kau kekalkan kasihku padaMu,

agar aku tidak menginsafi hanya untuk ahari ini,

malah hingga ku pulang kepada Mu kembali kelak.

untuk kau semalam,

tidak akan ku tinggalkan namamu di dalam doaku setiap kali aku menghadapNya.

selamat tinggal semalam.

assalamualaikum.

Tuesday, June 2, 2009

bila tiba masanya..


bismillah..

da lame aku x menaip2 ni.

yela,mesin kesayangan aku da takde lg da.

damn!


xpe2.

cc p0n ok da..

tggal 9 ari lg aku na abes praktikal.

rndu kt family,kwn2, n saudara mara d kmp0ng.

pekabar agknye mereka kan?

h0pe,mereka berada dlm keadaan sehat dn dirahmati slalu.


aku xtau nk tulis pe,

yela,

mmbr bl0g xramai lg.

s0,aku cume ade stu nasihat.

lau kite tahu bende 2 slah,

tp kte buat gak,

pmbalasn yg Tuhan jnjikn ttp ade.

xkne kt dunia,

sakitla kt sana nnt.


demi masa

sesungguhnya manusia kerugian,

melainkn yg beriman dan beramal s0leh..

(suratul-asr)


s0,

pada sape2 yg da wt silap ke,

jahat ke,

menCURI ke,

ape2 jua yg salah d sisi undg2,

trutama undg2 ALLAH,

s0,cpat2 la betaubat.

kmbalila ke prmulaan,

dnia ni pinjamn ALLAH pada kite.

s0 nnt ble diambil kmbali,

dihisab,

dipert0ntonkn pe yg tlah kite lakukn ats bumi ni,

time 2 taubat x terima da,

ampun maaf x jln da,

hanya agg0ta tubuh bdn kita yg akn mnceritakn

segala ape yg tlh kita lakukn di atas bumi ni.

s0,renung2kn dn slamat beramal..

peace!


p/s:aku lupe mtk maap td,

lau aku de wt slah,aku moh0n ampun dn maap ye,

aku p0n manusia biasa yg x trlepas dari g0daaan setan laknat.

brpesan2 la kite sesama saudara.

Wednesday, May 6, 2009

sakit,sakit dan sakit..

 baru semalam je aku akit mata n hati melihat kmnangan man u,bangun je tid0,pinggang lak wat hal.damn!da la si kangkang 2 wt 2 g0l.hampeh!

 ntah pasal pe la pinggang ni krem tibe2.sampai trpkse p0ntng praktikal hari ni.mmg bebel la b0s aku.da la byk p0nteng.d0k umah jele aku ari ni.dari catd0g ke wonderpets,terus ke wanita hari ini p0n aku teng0k.pastu merah putih,pastu aqs0 n madina n last matahari.naseb mata x jam.

 dala.aku nk ckp yg aku skit pinggang jek.hihi;)

Sunday, March 29, 2009

bukan tudung saji..


Kali ni aku takde mood lagi nak cakap pasal bola.bukan apa,kang bosan lak asyik cerita bola je.Ni ade sesuatu untuk mereka yang bergelar wanita.Hal yang kalau ditegur takkan dipedulikan lagi.why? Orang zaman skang tak boleh nak diteur lagi da.berat2..ni aku nak cakap sket..
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada¡¯ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui ¡°Islam is really beautiful.¡± Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.Islam itu indah,maka jangan abaikan apa yang telah saya kongsikan ini. peace!

Sunday, March 22, 2009

hahaha!m.u kalah lagi...


kumulakn ketawa ini dgn bismillah..hahaha!padan muke m.u!depa da xp0wer lg da.

org da bley bace corak prmainan kau da.gembira xtrkire aku ble mgenangkn kklahan m.u mlm td.thanx f0r fulham!

ape da smpai 2 org kne red card.zaman kegelapan kau da tiba.haha!xlme g kau kn kalah ngan arsenal plak kn?hehe..f.a cup p0n kompem kau kalah gak.liga juara lg la nmpak cam, nk kalah..hahaha!

aku bkn pe,aku de mmbr s0rg,die k0ya giler kt si kangkang(cr) 2.sket2,m.u. ble m.u mng je,bkn main lg die ckp team 2 plg p0wer,tp ble kalah??pe lasan die??brbagai2 alasan yg die bg.naseb la ape la.da takdir Tuhan la.of course la 2 Tuhan nye kuasa.tp lu tgk la sdri d0rg men camna?haha!

aku sbagai pgrusi ANTI-M.U FAN CLUB,sgt2 la brbgge ngan kehebatn mereka.da la 2.kang nagis lak fanatik2 m.u kt aku.hehe..m0h beralih ke liga juara plak.haha..mari lihat jadual ini..

Quaterfinal champions league

1.Arsenal VS Villareal

2.ManU VS FC Porto

3.Liv VS Che

4.Barc VS FC Byn Mnich .

nmpaknye,livrp0ol mghadapi sdkit kesukrn sbb akn mnntg chelsea.tp aku yakin lvrp0ol bley mngnye.chelsea p0n kalah gak mlm td.haha!barcel0na p0n sakit gak ni.tp,slgi,si messi 2 ade,insyaalah d0rg bley mng..arsenal?hmm..,arshavin da smakin mnunjukkn taring sakng.xtau la depa dpt melepaskn peluru meriam depa kt villareal 2.haha!

setapak lg kite ke f.a cup plak.hehe..yg ni p0n de m.u gak ni.ni yg den marah ni.tp hrpn die nk lpas final mmg cerah la sbb ni ha..

1.manchester united vs evert0n

2.arsenal vs chelsea

tu la masalah aku skang.kite xbley biarkn die kaut sume cawan2 ni.h0pe,die kalah la ngan evert0n.haha!evert0n bley thn gak kn??tnye la liverp0ol..hehe.tp lau lpas p0n,die ttp geleng pale gak.y?arsenal n chelsea 2..due2 musuh dalam selimut..kahkahkah!

da la.b0la punye penangan sampai xmkn lak aku.k,wa nk s0ru.mai kutuk2 m.u brsama2 aku..haha!wslm.

Friday, March 20, 2009

tauhu sumbat


hari ni plg b0san la..bdak2 umah sume blek kg,aku tggal 2 org je..hhmmm..nk blek kang,cian lak mmbr yg s0rg ni.xpela,tade hal la.setiakawan.hehe!

sbb tggal 2 org,aku p0n nk blasah r bl0g aku yg cam ntah ape2 ntah ni..,hehe!1st, m0h kte sembg sal b0la..hahaha!mmg laki,ni la die.xb0la,td0.haha!laki2 dn b0la mmg xdpt dpisahkn.

xlme g quater final liga2 juara.aku xsok0ng mne2 p0n dr mne2 club 2(sbb gua ac milan h0oligan..haha!).tp aku ade wt fan club.the name is ANTI-MAN.UNITD FANCLUB.haha!gempak x?hehe..aku la chairman,aku la ajk n aku la ahli2nye..kikiki!mmg sjak dlahirkn k0t,aku mmg xske m.u.mne2 game yg de m.u men,msti aku sup0rt team lwn.hehe..biarla team lwn 2 tnb klantn skalip0n.aku ttp xs0kong m.u.lg2 lau de si kangkang 2 men(cr),lg la aku beria s0rak team lwn.

ape2 p0n,aku bjet la,final msti livrp0ol brtmu barca.bt0l x?mari kte lihat k0men anda??mari2..

Tuesday, March 17, 2009

mukaddimah

  dini hari makin ramai org mggunakn blog utk brk0ngsi pndapat,bisnes,cari kawan,kongsi kesah hidup msg2 n sbgainye.bgtu gak aku.slame ni aku asyk bce artikel kt blog mmbr2,trfkr nk wt gak.bkn nk ikut trend atau pe,cume ini mmg medium yg agk baek utk kte brk0ngsi ilmu n ape sje d alam ini.

  ape yg prtame aku nk k0ngsi ialah sal ppsmi tuh.hmm..aku da dgr byk pdpt dri byk pihak.yup.mmg de contra n pr0 nye.tp ini la realiti khidupan.pape p0n suda trtulis.yg Adil tahu ape yg tlah dtntuknnya.kte hnye prlu brsyukur dn brdoa agr rakyat kte trus brfkir dn brpijak d bumi yg nyata.understand?k,wslm..