Sunday, July 12, 2009

g0odbye yesterday...

bismillah..

nafas ni semakin hari semakin nk mati mengenagkan semalam,

tersedu,

sedih,

hiba,

geram,

dan ape ape jela

sume da aku rasakn kerana semalam.

bodohnya aku kerana terlalu mempercayai semalam,

aku ingatkan kenikmatan semlam membawa kebahagiaan untuk hari esok,

rupanya kehangatan semalam sekadar aku dijadikan bahan makmal cinta kau,

terasa bagai menghisap rok0k seludup,

nak beli murah tapi rasa,

cam tahi!

apa dosa aku kau lakukan sebegini?

apakah aku sudah mencalar hati sang maharani?

kenapa?

dan jawapan kau hanya diam.

diam.

diam.

dan diam lagi.

tergamak kau curang kelmarin,

dan semalam kau masih begitu,

aku tak pernah permainkan hari semalam,

malah aku berjanji akan menjadikan hari esok lebih bahagia dari semalam,

tapi hari semalam terus berlalu dengan kepura puraan kau.

baru ku sedar,

aku takde kuasa untuk tetapkan apa yang aku mahu,

aku takde ape,

rupanya Tuhan nak tunjukkan manusia ini lemah,

dan hanya Dia sahaja yang mampu menentukan kemahuan hambaNya.

jahilnya aku Ya Allah..

ampunkan aku Ya Rabbi..

kerana selama ini aku terlalu mengharap kasih makhluk,

sedangkan aku patut mengharapkan cinta dari Mu Ya Tuhanku,

cinta yang menjamin kebahagiaan aku,

dunia dan akhirat,

dan aku mengharap redha mu Tuhan,

agar aku tabah dan sabar menghadapi ujian mu Ya Allah,

dan hari semalam itu adalah tanda kasih Tuhanku padaku,

yang tidak mahu hambanya melupakannya.

astaghfirullah..

seandainya dia bukan jodohku Ya Allah,

kau berilah aku ketabahan menghadapi ujian Mu,

dan kau peliharalah dia agar dia menjadi solehah.

dan seandainya itu rezekiku,

kau satukanlah hati kami,

dan kau hindarilah dia dari melakukan kesilapannya lagi,

kerana aku masih ada setitis kasih yang Kau cipta untukku padanya.

syukur..

kau sedarkan aku dari mimpi semalam,

yang takkan terulang lagi,

kerana aku terasa kasih dari mu Tuhanku.

moga kau kekalkan kasihku padaMu,

agar aku tidak menginsafi hanya untuk ahari ini,

malah hingga ku pulang kepada Mu kembali kelak.

untuk kau semalam,

tidak akan ku tinggalkan namamu di dalam doaku setiap kali aku menghadapNya.

selamat tinggal semalam.

assalamualaikum.

3 comments:

  1. sabar je r...
    ni sume dugaan drpd Allah S.W.T....
    Allah S.W.t masih syg lg kt kte yg da jauh drpdNYA...
    jauh sgt2...........
    oleh sbb i2 r,kte kembali kpd yg Maha Esa lg Maha brkuasa...
    ssungguhnya Dia Maha Pengasih,Maha Penyayang lg Maha Pengampun......

    ReplyDelete
  2. pergh ayt ko..

    tak boleh aku karang sehebat ko...

    caya la beb!

    ReplyDelete